Pihak kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Selangor secara one-off sebanyak RM1,000 untuk anak-anak Selangor.
Syarat permohonan
- Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor minimum 11 tahun
- Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Pelajar tahun pertama dan ditawarkan pengajian sepenuh masa di Universiti Awam/ IPT Swasta (Peringkat pengajian: Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda)
- Pendapatan isi rumah ibu bapa/penjaga tidak melebihi RM5,000.
Permohonan
Permohonan dilakukan secara atas talian di http://hpipt.selangor.gov.my/ sehingga 31 Mac 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi urus setia HPIPT di talian 03-55447385 / 03-5521 5523.