Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah satu insentif tajaan yang diperkenalkan oleh MARA yang merupakan Pinjaman Boleh Ubah bagi individu yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara.
Syarat kelayakan
- Pemohon, ibu ATAU bapanya berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia;
- Had umur permohonan pada 31 Disember 2022 adalah seperti berikut:
Sarjana | Doktor Falsafah |
Dalam negara : kurang dari 40 tahun Luar negara: kurang dari 35 tahun | Dalam negara: kurang dari 45 tahun Luar negara: kurang dari 40 tahun |
Untuk syarat kelayakan sepenuhnya, anda boleh melayari pautan GrEP 2022.

Permohonan
Jika anda berminat, anda boleh mendaftar secara atas talian melalui pautan ini, bermula daripada 1 April 2022 sehingga 15 April 2022.
Sumber:
https://www.mara.gov.my/graduate-excellence-programme-grep-2022/