Global Online Workforce (GLOW)

Bagi individu yang masih mencari pekerjaan atau kehilangan pekerjaan, anda boleh meluaskan usaha pencarian kerja melalui program Global Online Workforce (GLOW). Program di bawah pakej PEMULIH ini bertujuan untuk membantu pekerja yang diberhentikan kerja, dipotong gaji melebihi 50% dan graduan menganggur dengan menyediakan latihan selama enam bulan bagi menyediakan peserta menjadi pekerja bebas (freelancer). Peserta program bakal dilatih oleh freelancer berpengalaman.

Keperluan minimum untuk menyertai GLOW adalah seperti berikut:

  • Mahir menggunakan komputer,
  • Mahir berbahasa Inggeris,
  • Memiliki kemahiran khusus yang dikehendaki,
  • Komitmen dan kesungguhan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai program ini, sila layari https://mdec.my/ms/glowmalaysia/

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan