YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengumumkan diskaun PTPTN sehingga 15% dalam pembentangan Bajet 2022 mulai 1 November 2021 sehingga 30 April 2022. Kadar diskaun adalah seperti berikut;
- Diskaun 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh.
- Diskaun 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
Untuk maklumat terkini, anda boleh layari laman web PTPTN. Bantuan yang bakal disalurkan melalui Bajet 2022 termasuk diskaun ini boleh dilihat di https://budget.mof.gov.my/manfaat/rakyat.html.