Dermasiswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara

Khas buat anak jati Negeri Perak, Dermasiswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara merupakan satu bantuan permulaan secara ‘one off’ kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam serta luar negara.  Tahap pengajian adalah seperti berikut:

Dalam NegaraSijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. 
Luar Negara Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. 

Kadar bantuan

Berbeza mengikut peringkat pengajian pelajar.

Syarat permohonan

  • Merupakan anak kelahiran Negeri Perak & menetap di Negeri Perak sahaja; 
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM 5,000 sebulan sahaja; 
  • Kemasukan pengajian SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja ke IPT yang tersenarai dalam negara; 
  • Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA ke IPT luar negara yang diiktiraf oleh JPA dan MOA.
Dermasiswa Yayasan Perak Dalam & Luar Negara

Permohonan

Kepada siswa Negeri Perak yang berminat, anda boleh mendaftar secara atas talian melalui pautan ini. Tarikh tutup permohonan adalah 3 bulan dari tarikh pendaftaran masuk ke IPT. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di talian 05-255 2929.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:

https://www.facebook.com/yayasanperakYP/posts/pfbid0QFUyAx6bzqd8TF7XZHASstwamGRj1hniCATfByEm3b59MwcGerbBoJ4NrYV3zbSUl

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan