Kerajaan Negeri Sabah memperkenalkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (Bakti) khas untuk pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran ke IPT dan sekolah yang berkelayakan.
Kadar bantuan
- Diploma / Asasi dan Matrikulasi : RM 1,500.00
- Ijazah Sarjana Muda : RM 2,000
Syarat permohonan
- Permohonan terbuka kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta tahun 2022 sepenuh masa sahaja bagi kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan;
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah dan berumur tidak lebih dari 25 tahun;
- Ibu bapa pemohon atau penjaga golongan B40 dan M40;
- Mendapat pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT.

Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat hanya melalui dalam talian melalui pautan ini, bermula daripada Jun 2022. Tarikh tutup permohonan adalah 30 Oktober 2022.