BISTARI: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Untuk Anak Kelahiran Sabah

Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan dana sehingga RM 5 juta bagi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI) bagi bayi yang dilahirkan di Sabah. Bantuan ini juga bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa untuk menabung demi masa depan anak-anak.

Kadar bantuan

Sebanyak RM 100 akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi yang berdaftar di bawah bantuan ini. 

Syarat permohonan

  • Bayi berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2022 dan ibu / bapa / penjaga mestilah berasal dari Sabah; 
  • Simpanan sebanyak RM 100 akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN); 
  • Simpanan ini hanya boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berumur 18 tahun. 
BISTARI: Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Untuk Anak Kelahiran Sabah

Permohonan

Ibu / bapa / penjaga yang berminat boleh melakukan permohonan secara atas talian melalui pautan ini atau dengan memuat turun borang permohonan di pautan ini serta dihantar bersama dokumen sokongan yang lengkap ke alamat berikut: 

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu
Jalan UMS, Teluk Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah

Pemohonan ini dibuka bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini

Sumber:

https://www.facebook.com/PTPTNSabah/posts/362661895896915

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan