Kerajaan negeri Selangor telah membuka permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor 2022 untuk wanita Selangor melanjutkan pelajaran.
Syarat permohonan
- Kategori orang awam
- Warganegara Malaysia.
- Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
- Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*
- Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)
- Mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
- Berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
- Menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
- Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web Open University Malaysia)*
Bidang pengajian yang ditawarkan
- Pengurusan
- Pemasaran
- Sumber Manusia
- Perniagaan
- Sains Politik
Permohonan
Permohonan telah dibuka sehingga 15 Mac 2022 di sini. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.wbselangor.com.my/biasiswa-wanita-berdaya-selangor/.
