Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Terengganu kini menawarkan Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT dan bagi pelajar negeri Terengganu yang cemerlang.
Syarat Umum
Antara syarat umum bagi memohon biasiswa ini adalah:
- Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Negeri Terengganu di mana salah seorang ibu atau bapa pemohon berkenaan lahir di Negeri Terengganu.
- Pemohon dan/atau ibu/bapa bukan rakyat Terengganu tetapi bermastautin selama 10 tahun atau lebih boleh juga memohon dengan menyertakan Sijil Kerakyatan atau surat akuan bermastautin.
- Ibu/bapa dan/atau pemohon mestilah mendaftar sebagai pemilih/pengundi di Negeri Terengganu.
- Keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Permohonan
Biasiswa ini boleh dimohon mulai 26 September 2022 sehingga 6 Oktober 2022. Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan menerusi langkah-langkah berikut :
- Layari laman web https://yt.gov.my/penajaan/.
- Klik “Mohon Sekarang.”
- Klik “Daftar Akaun.”
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Daftar.”
- Login dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang YT, sila layari laman web rasmi Yayasan Terengganu di pautan https://yt.gov.my/.