BIASISWA SEKOLAH RENDAH YAYASAN PAHANG

Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah(BSR)  yayasan Pahang kini dibuka. Biasiswa ini diberikan kepada murid-murid Tahun 4 yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di negeri Pahang.

Kadar biasiswa

Kadar biasiswa ini adalah sebanyak RM300 setahun.

Syarat-syarat kelayakan

Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai: Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  5. Pemohon sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di Sekolah Kebangsaan(SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Negeri Pahang Darul Makmur.

Permohonan

Permohonan biasiswa ini perlulah melalui sekolah sahaja. Ibu bapa boleh mendapatkan borang permohonan melalui sekolah anak masing-masing.

Tarikh permohonan dibuka sehingga 7 Oktober 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Yayasan Pahang atau laman sosial Yayasan Pahang. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800.

Sumber: 
https://www.facebook.com/100064704884069/posts/449126600587499/

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan