Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Negeri Kedah kini menawarkan Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK untuk pelajar tahun pertama yang sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Awam.
Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakan mengikut syarat dan jumlah kuota yang ditetapkan.
Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan tidak ditawarkan kepada pelajar yang melakukan twinning programme (program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian).

Syarat-Syarat Kelayakan
- Syarat Umum
- Pemohon mestilah beragama Islam
- Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya dua (2) tahun
- Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin
- Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja
- Syarat Khusus
- Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2022/2023
- Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
- Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurang-kuragnya Jayyid Jiddan bagi STAM.
Permohonan
Pelajar yang berminat boleh kemukakan permohonan sebelum 15 Disember 2022.
Cara Memohon
- Layari portal biasiswa di pautan http://biasiswa.zakatkedah.com.my/
- Daftar akaun dengan memasukkan maklumat yang diperlukan.
- Log masuk akaun baharu dan isikan maklumat dengan lengkap dan tepat.
- Pilih biasiswa yang dipohon dan klik pada butang “Pohon”.
- Klik pada butang “Hantar”.
- Anda juga boleh semak maklumat mengenai biasiswa dengan lebih lanjut di pautan berikut :
GARIS PANDUAN BIASISWA PELAJAR IPTA DALAM NEGARA
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Gambar pemohon berukuran passport
- Lampiran kad pengenalan ibu/bapa/penjaga pertama
- Lampiran penyata gaji/pencen/pengesahan pendapatan
- Lampiran kad pengenalan ibu/penjaga kedua
- Lampiran penyata gaji / pencen/ pengesahan pendapatan
- Lampiran kad pengenalan/ sijil kelahiran tanggungan ibu bapa/penjaga (termasuk pemohon)
- Lampiran kelulusan pengajian (PT3/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah)
- Lampiran surat tawaran / pengesahan pengajian daripada IPT
Mana-mana permohonan yang tidak lengkap atau tidak jelas akan ditolak. Status permohonan boleh disemak melalui portal Biasiswa LZNK.
Untuk keterangan lanjut mengenai Biasiswa Pendidikan IPTA LZNK, anda boleh rujuk laman Facebook LZNK atau hubungi Bahagian Pendidikan dan Inovasi Agihan di talian 04-7331740 atau emel kepada pendidikan@zakatkedah.com
Anda juga boleh hubungi LZNK di alamat berikut:
Aras 5, Menara Zakat,
Jalan Teluk Wan Jah,
05200 Alor Setar, Kedah.
Sumber:
https://www.facebook.com/100064489130361/posts/496032202556413/