Biasiswa ini merupakan kerjasama antara Yayasan Pahang dan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Tempoh pengajian bagi program ini adalah selama tiga tahun. Ia bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli Quran yang mahir dan berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan negara.
Syarat kelayakan
Antara syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Anak negeri Pahang – pemohon atau ibu atau bapa merupakan anak kelahiran negeri Pahang/pemastautin melebihi 10 tahun dan berhasrat menetap terus di negeri Pahang (sila kemukakan surat pengesahan tempoh mastautin)
- Mendapat tawaran untuk mengikuti program Diploma Tahfiz Maahad Negeri Pahang
- Mempunyai sahsiah yang baik
- Taraf kesihatan yang baik
Kadar penajaan
Tajaan adalah sebanyak RM1200/sebulan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang yayasan Pahang atau klik di sini.
Sumber:
Laman Sesawang Yayasan Pahang
https://www.yp.org.my/