Kerajaan negeri Sabah menawarkan bantuan tunai pendaftaran sekali bayar (BUDI) kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta untuk kemasukan kali pertama di seluruh Malaysia. BUDI dikhususkan untuk pelajar yang ibu bapa atau penjaganya tergolong dalam kategori B40 dan M40.
Bantuan yang diperuntukkan berjumlah RM2000 dan telah dibuka mulai Mac 2021 sehingga 30 Oktober 2021. Permohonan bantuan ini boleh dilakukan di pautan https://budi.sabah.gov.my/login.php.
Maklumat lanjut boleh didapatkan di https://mttk.sabah.gov.my/. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Rosni Leong (088 369 865) dan Puan Mary (088 369 890/872)