Yayasan Negeri Sembilan kini menawarkan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa buat para pelajar dari negeri tersebut yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti awam.
Kadar bantuan
Kadar bantuan telah dinaikkan kepada RM150 berbanding sebelum ini sebanyak RM100.
Syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan anak kelahiran di Negeri Sembilan dan alamat menetap pemohon mestilah di Negeri Sembilan sahaja.
- Jika pemohon tidak dilahirkan di Negeri Sembilan tetapi telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun, pemohon perlu memuat naik sijil tamat berhenti sekolah Darjah 6 dan Tingkatan 5.
- Pemohon masih belajar sepenuh masa di peringkat pengajian Diploma/Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik sahaja.
- Permohonan bantuan ini hendaklah dibuat bagi pelajar semester 2 ke atas (tahun akhir tidak layak memohon).
- Pemohon perlulah mempunyai akaun Bank Islam sahaja (lain-lain bank ditolak).
- Ibu bapa pemohon tergolong dalam kategori kumpulan B40 terkini.
Pengiklanan permohonan
Tarikh buka permohonan akan diiklankan melalui laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan.
Untuk maklumat sila layari laman sesawang Yayasan Negeri Sembilan, di sini.
Anda juga boleh hubungi talian ini, 06-762 8046
Sumber:
https://www.yns.gov.my/v7/ms/bahagian/pendidikan/pembangunan-insan/bantuan-sara-hidup