Majlis Agama Islam & ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka permohonan kepada keluarga yang berkelayakan bagi memohon Bantuan Persekolahan bagi tahun 2023.
Terdapat 3 kategori persekolahan yang layak memohon bantuan ini iaitu sekolah rendah, sekolah menengah dan STAM / STPM / Kolej / Vokasional. Bantuan Persekolahan adalah skim bantuan di bawah asnaf Fakir Miskin. Bantuan adalah dalam bentuk kewangan dan akan disalurkan melalui pihak sekolah kepada pelajar yang layak.

Permohonan
Tarikh Tutup Permohonan
Permohonan Bantuan Persekolahan MAIPk ditutup pada 28 Februari 2023 (Selasa)
Syarat Permohonan
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap
- Pemohon mestilah bermastautin di dalam Neger Perak
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi had kifayah (had kecukupan)
Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2022 tidak perlu membuat permohonan. Permohonan hanya melibatkan tiga (3) kategori berikut:
- Kemasukan ke dariah 1 sesi persekolahan tahun 2023
- Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2023
- Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah
Cara memohon
Jika anda tergolong dalam 3 kategori yang disebutkan dan menepati syarat di atas, boleh dapatkan borang permohonan di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berdekatan dan hantarkan sebelum tarikh tutup.
Borang juga boleh diperoleh melalui portal rasmi MAIPk.
Prosedur Mengisi Borang
- Borang permohonan mesti disi dengan menggunakan HURUF BESAR.
- Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar.
- Hanya borang yang lengkap akan diproses.
- Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal.
- Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempo yang telah ditetapkan.
Penghantaran Borang
Borang permohonan perlu dihantar mengikut alamat tempat tinggal ke pejabat pentadbiran MAIPk seperti alamat di bawah;
IPOH (IBU PEJABAT)
Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak,
Tingkat 1,
Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 05-208 4000 Faks: 05-241 4257
Atau ke pejabat cawangan MAIPk terdekat. Rujuk Facebook Majlis Agama Islam Dan ‘Adat Melayu Perak untuk maklumat lanjut.