Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta Yayasan Pasir Gudang

Bantuan Pendaftaran IPT Awam & Swasta Fasa 2 kini dibuka bagi pelajar yang menetap di Pasir Gudang. Insentif ini diperkenalkan oleh Yayasan Pasir Gudang kepada pelajar setempat yang berjaya melanjutkan pendidikan ke menara gading. Bantuan ini akan ditawarkan kepada pelajar sepenuh masa Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Kadar bantuan

Sebanyak RM 300 akan diberikan kepada pemohon yang layak.

Syarat kelayakan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia serta memiliki Kad Pengenalan yang beralamat di majlis Bandaraya Pasir Gudang;
  • Diploma/Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa pendaftaran tahun pertama;
  • Telah mendapat tawaran kemasukan atau pengesahan pendaftaran IPTA/IPTS;
  • Pendapatan isi rumah/keluarga tidak melebihi RM 4,000.00
Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta Yayasan Pasir Gudang

Permohonan

Kepada yang berminat, anda boleh memohon melalui pautan ini. Permohonan bermula  April 2022 sehingga Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:
https://yayasanpasirgudang.org.my/bantuan-pendaftaran-ipta-s/

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan