Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan 

Pelajar B40 di Negeri Sembilan yang masih belum mempunyai komputer riba bagi tujuan pendidikan boleh membuat permohonan menerusi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan.

Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu para pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan untuk mendapat pendidikan sempurna.

Permohonan

Syarat-syarat permohonan
  1. Anak kelahiran Negeri Sembilan (no kad pengenalan 05/31/59) atau bukan kelahiran Negeri Sembilan tetapi  telah menetap di Negeri Sembilan lebih dari 8) tahun  (sila kemukakan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).
  2. Pendapatan isi rumah B40 terkini (sila kemukakan penyata gaji atau surat pengesahan pendapatan ibu dan bapa yang telah disahkan).
  3. Pelajar IPTA/Politeknik yang masih belajar di peringkat pengajian, Diploma dan Ijazah sahaja (pelajar sepenuh masa).
  4. Permohonan hanya layak kepada pelajar tahun pertama 1 sahaja (sila kemukakan surat pengesahan belajar).
  5. Sekiranya terdapat 2 permohonan atau lebih dalam satu keluarga, hanya 1 pemohon sahaja yang akan menerima bantuan ini sekiranya layak.
Langkah Permohonan
  1. Layari pautan permohonan, klik di sini atau imbas pada kod QR di atas.
  2. Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Next.’
  3. Isi maklumat permohonan dan klik butang ‘Next.’
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
  • Salinan kad pengenalan.
  • Surat tawaran belajar.
  • Surat pengesahan belajar.
  • Sijil berhenti sekolah Darjah 6 atau Tingkatan 5.
  • Penyata gaji bapa.
  • Surat pengesahan pendapatan bapa (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).
  • Penyata gaji ibu.
  • Surat pengesahan pendapatan ibu (sekiranya tidak mempunyai slip gaji/tidak bekerja).
  • Salinan kad pengenalan bapa.
  • Salinan kad pengenalan ibu.

Nota: Yayasan Negeri Sembilan berhak untuk MENOLAK permohonan maklumat yang tidak lengkap dan tidak jelas. Semua dokumen sokongan perlu DISAHKAN dahulu sebelum di muatnaik pada ruangan yang disediakan. Permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas akan ditolak.

Untuk info lanjut mengenai Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan, sila layari laman web https://www.yns.gov.my/v7/ms atau hubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06-762 8046.

INISIATIF TERKINI

Pendidikan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Pendidikan