Bagi memudahkan siswa dan siswi Negeri Sembilan, Yayasan Negeri Sembilan telah membuka permohonan bagi Bantuan Komputer Riba Yayasan Negeri Sembilan bagi tahun 2022.
Syarat kelayakan
- Merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan atau telah bermastautin di Negeri Sembilan lebih dari 8 tahun;
- Merupakan isi rumah B40;
- Pelajar IPTA/Politeknik yang masih belajar di peringkat Diploma dan Ijazah serta merupakan pelajar tahun pertama;
- Hanya satu pemohon sahaja yang layak menerima bantuan ini dalam satu keluarga.

Permohonan
Jika anda berminat, anda boleh melakukan permohonan secara atas talian melalui pautan ini.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini atau anda boleh terus menghubungi 06-762 8046.
Sumber:
https://www.facebook.com/dsaminuddinharun/posts/543294823824275