Bantuan Back To School MBI Selangor kini dibuka untuk permohonan. Untuk makluman, had pendapatan kini ditetapkan bawah RM 4,000 untuk permohonan sesi persekolah tahun hadapan berbanding RM 2,500 sebelum ini. MBI Selangor adalah badan yang ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No : 3 1994) pada 21 September 1994.
Badan ini diwujudkan khas untuk mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik kerajaan negeri serta mewakili kerajaan negeri bagi melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang berada di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri.
Bantuan Back To School MBI Selangor merupakan inisiatif tunai berjumlah RM 100 yang diperuntukkan kepada 300 penerima bagi setiap DUN.

Permohonan
Tarikh Permohonan
Tarikh bagi permohonan bantuan ini telah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2023.
Syarat permohonan
- Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di Negeri Selangor.
- Pengundi di DUN yang dipohon.
- Pendapatan isi rumah adalah RM4,000.00 dan ke bawah.
- Pelajar bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) pada tahun 2023.
- Pemohon mestilah bukan penerima BINGKAS, mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), dan lain-lain.
Kaedah Permohonan
Permohonan perlu dilakukan menerusi pejabat DUN atau penyelaras DUN di tempat tinggal pemohon. Anda boleh hubungi pejabat DUN / penyelaras DUN dengan merujuk senarai direktori Pusat Khidmat DUN.
Dokumen Yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Bapa
- Salinan Kad Pengenalan Ibu
- Salinan Kad Pengenalan Anak
- Salinan Slip Gaji terkini atau Pengesahan Pendapatan (Majikan/Penghulu/Ketua Kampung/Pesuruhjaya Sumpah/Pengerusi Persatuan Penduduk)
- Pengesahan mastautin (Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi Persatuan Penduduk/Nazir/Pengurusan Sekolah)
Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan, sila hubungi pejabat DUN atau penyelaras DUN kawasan anda.
Sumber: SelangorKini