Bantuan tahunan daripada Zakat Pulau Pinang ini terbuka kepada golongan asnaf Fakir dan Miskin yang mempunyai anak-anak yang menuntut di sekolah rendah atau menengah. Bantuan ini bertujuan untuk membantu anak-anak asnaf agar tidak tercicir dalam pelajaran dan seterusnya mampu meningkatkan taraf sosial keluarga.
Syarat-syarat kelayakan
- Pemohon mestilah memenuhi syarat umum bantuan zakat.
- Pemohon mestilah pemastautin di negeri Pulau Pinang.
- Pendapatan isi rumah RM3,000.00 dan ke bawah.
- Permohonan mestilah dibuat pada hujung tahun sebelum sesi seterusnya bermula atau pada awal sesi persekolahan.
- Permohonan mestilah disertakan dengan surat pengesahan dari sekolah-sekolah yang anak-anak pemohon belajar.
- Permohonan mestilah mendapat pengesahan / sokongan daripada pengerusi Kariah tempat pemohon bermastautin.
- Mempunyai sekurang-kurangnya dua anak bersekolah (TIDAK TERMASUK prasekolah dan tadika)
- Sekolah Rendah – Murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja
- Sekolah Menengah – Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 (Atas)
Bilangan Anak dan Pendapatan Kasar Isi Rumah
Jumlah Anak | Jumlah Pendapatan |
2 orang anak | RM1800 dan ke bawah |
3 orang anak | RM2500 dan ke bawah |
4 orang anak | RM2750 dan ke bawah |
5 orang anak dan ke atas | RM3000 dan ke bawah |

Permohonan
Permohonan dibuka bermula 1 November hingga 30 November 2022.
Borang Permohonan boleh didapati di kaunter-kaunter perkhidmatan Zakat Pulau Pinang berhampiran.
Waktu Urusan Di Kaunter
Hari | Masa |
Isnin – Khamis | 8.30 pagi – 4.30 petang |
Jumaat | 8.30 pagi – 12.30 tengahari2.45 petang -4.30 petang |
Sabtu | 9.00 pagi – 3.00 petang(Minggu pertama di Kaunter HQ Banda Perda sahaja) |
Ahad | Tutup |
Sila nyatakan jenis bantuan yang ingin anda pohon. Tatacara permohonan adalah seperti berikut:
- Permohonan mestilah melalui Borang Bantuan Zakat yang dikeluarkan oleh Zakat Pulau Pinang Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
- Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga atau waris/penjaga.
- Sertakan Dokumen Utama (wajib disertakan):
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
- Sertakan Dokumen Sokongan (jika perlu) :
- Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/tinggal)
- Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
- Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
- Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)
Nota: Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan. Jika didapati pemohon tidak layak atau tidak memberikan maklumat yang tepat, Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.
Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Zakat Pulau Pinang atau Laman Sesawang Rasmi Zakat Pulau Pinang. Jika anda mempunyai soalan, sila hubungi talian berikut:
Telefon : 04-549 8088
E-mel: admin@zakatpenang.com
Sumber:
https://www.facebook.com/100064363404848/posts/487763733379069/