Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) kini membuka permohonan untuk Bantuan Awal Persekolahan untuk golongan B40 bagi sesi persekolahan 2022 yang merangkumi anak-anak dari tahap pra-sekolah (berumur 6 tahun sahaja), sekolah rendah (tahun 1-6 sahaja) dan sekolah menengah (tingkat 1-5 sahaja).
Borang permohonan haruslah dimuat turun di sini atau dapatkan di kaunter Pejabat Agihan MAINS Daerah berhampiran dan dihantar bersama dokumen sokongan selepas diisi lengkap. Maklumat lanjut bantuan ini boleh dibaca di sini.
Sumber:
https://www.facebook.com/majlisagamaislamns/posts/267370335429334