Sukacita dimaklumkan, mana-mana siswa kelahiran negeri Pahang kini berpeluang untuk memohon Bantuan Awal Pelajar IPT Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Bantuan ditawarkan buat para pelajar dalam pelbagai peringkat pengajian bermula dari Asasi/Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda (termasuk PJJ), Sarjana, dan Kedoktoran.
Bantuan diberikan sekali sahaja kepada siswa kelahiran negeri Pahang yang berjaya melanjutkan pelajaran sama ada di dalam atau di luar negara.
Kadar bantuan
Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berbeza mengikut peringkat pengajian. Butiran adalah seperti berikut:
- Sijil Asasi / Matrikulasi (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 500
- Diploma (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 700
- Ijazah Sarjana Muda (Semua Bidang/ Sepenuh Masa) : RM 1,200
- Ijazah Sarjana Muda (PJJ) (Semua Bidang) : RM 1,500.00
- Ijazah Sarjana (Master) (Semua Bidang): RM 1,5000
- Kedoktoran (PhD) bagi bidang selain Pengajian Islam : RM 3,000
- Kedoktoran (PhD) bagi bidang Pengajian Islam : RM 5,000

Syarat kelayakan
Antara syarat-syarat permohonan termasuk:
- Pelajar mestilah beragama Islam
- Bermastautin di Pahang
- Telah mendapat tawaran pengajian daripada IPT
- Permohonan hanya boleh dibuat sekali sepanjang tempoh pengajian
Permohonan
Pelajar boleh memohon secara atas talian di sini.
Pelajar mestilah terlebih dahulu mendaftar akaun MUIP sebelum membuat permohonan. Pemohon juga diingatkan supaya memasukkan nombor telefon dan bimbit nombor akaun bank yang aktif bagi memudahkan urusan pihak pentadbiran MUIP menghubungi pemohon dan membuat pembayaran.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Awat IPT MUIP sila hubungi bahagian Dermasiswa Pelajaran/Tambang Belajar/ Bantuan Awal ke IPT MUIP di talian 09-422 1311 ext 1002/1003/1016 atau hantarkan emel ke alamat zakat4pengajian@muip.gov.my. Anda juga boleh ikuti laman Facebook rasmi Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang untuk ketahui perkembangan terkini.
Sumber: