Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) merupakan inisiatif kerajaan yang mensasarkan 50,000 peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).
Bagi tahun 2022, inisiatif ini dengan nilai RM1.8 bilion ini menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 peluang pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 peluang pekerjaan dalam GLC serta rakan-rakan strategik), menerusi inisiatif JaminKerja Keluarga Malaysia (JaminKerja).
Di samping itu, dalam usaha untuk memastikan golongan OKU tidak dipinggirkan, kerajaan turut mengumumkan kuota khas OKU sebanyak 1 peratus bagi pengambilan MySTEP 2022.
Syarat Kelayakan
Antara syarat-syarat kelayakan adalah:
- Warganegara Malaysia
- 18 tahun ke atas
- Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing ( Sektor Awam)
- Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada GLC/rakan strategik masing-masing ( GLC/Rakan strategik) )
Permohonan
Untuk mereka yang berminat, anda boleh memohon di sini.
Tarikh permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2022.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang MySTEP atau ikuti laman Facebook MySTEP.
Ikuti MYFutureJobs di Facebook, Twitter, dan Instagram atau layari www.myfuturejobs.gov.my untuk lebih banyak hebahan peluang pekerjaan seperti ini.
Sumber:
Laman Sesawang MySTEP