Skim Rawatan Jantung Selangor

Kerajaan Selangor telah memperkenalkan Skim Rawatan Jantung Selangor yang merupakan sebahagian daripada insentif di bawah Skim Peduli Sihat yang telah dilancarkan sejak tahun 2018. Melalui insentif, kerajaan Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma di Institut Jantung Negara (IJN) bagi golongan yang berpendapatan rendah dan telah memberi bantuan pembiayaan sehingga RM 50,000 bagi pesakit yang layak.

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor ATAU
  • Permaustatin yang telah tinggal di negeri Selangor lebih daripada 10 tahun;
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 8,000 sebulan.

Cara permohonan

Skim ini dikategorikan kepada dua kategori iaitu:

  • KATEGORI A: Ahli Skim Peduli Sihat
  • KATEGORI B: Berpendapatan isi rumah di antara RM 2,000 dan RM 8,000. 

Untuk maklumat lanjut mengenai cara permohonan, anda boleh melayari pautan ini. Bagi individu yang layak, anda boleh segera membuat permohonan melalui syarikat Selcare Management Sdn Bhd (Selcare).

Sumber:

https://pedulisihat.com/cvs.html

INISIATIF TERKINI

Kesihatan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Kesihatan