Skim Perubatan Madani (SPM) merupakan antara salah satu inisiatif rintis kerajaan di bawah sektor kesihatan di mana sebanyak RM120 juta telah diperuntukkan. Skim ini diwujudkan khusus kepada golongan B40 untuk mendapatkan rawatan kesihatan percuma di klinik am dan juga swasta yang berdaftar dibawah skim ini. Skim ini sah dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2023.
Sejak pelaksanaan Skim Perubatan Madani yang merangkumi 21 kawasan di seluruh negara, ia telah memberikan manfaat kepada lebih daripada 30,000 isi rumah.
Syarat-syarat kelayakan:
▪️ Penerima Sumbangan Tunai Rahmah
– Isi rumah berkeluarga (had rawatan yang ditetapkan: RM250)
– Warga emas tanpa pasangan (had rawatan yang ditetapkan: RM125)
– Bujang (had rawatan yang ditetapkan: RM75)
▪️ Kelayakan adalah secara automatik
▪️ Tidak menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini dari mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain.
>> Semak kelayakan anda di sini <<

Terdapat tiga fasa pelaksanaan Skim Kesihatan Madani:
▪️ Fasa 1️
Bermula pada 15 Jun lalu di Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Johor Bahru, Kinta, Timur Laut, Kuching dan Kota Kinabalu.
▪️ Fasa 2
Bermula pada minggu kedua bulan Ogos di Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Kota Setar dan Kuala Muda kemudian ia diteruskan pada minggu keempat Ogos di Kota Bharu, Pasir Mas, Kuantan, Melaka Tengah, Seremban, Seberang Perai Tengah dan Perlis.
▪️ Fasa 3
Disasarkan pada bulan September merangkumi kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan di hospital awam.
Teruskan ikuti Bangkit Bersama di semua platform media sosial untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif kerajaan!
Sumber: Skim Perubatan Madani