Protect Health dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan Program Vaksinasi Di Rumah Bagi Warga Emas & OKU bagi memudahkan pemberian suntikan vaksin kepada golongan kurang upaya dan golongan emas yang tidak berupaya untuk bergerak atau terlantar di katil.
Cara memohon
- Anda boleh menghubungi di talian 1700-811-007 atau;
- Anda boleh membuat pesanan ‘Whatsapp’ di talian 0126787911 atau;
- Permohonan melalui aplikasi MySejahtera atau;
- Daftar secara atas talian melalui pautan ini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Bilik Gerakan Program Imunisasi COVID-19 Wilayah Persekutuan Labuan di talian 087- 596 029 / 087- 410 116 .
Sumber:
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/349391900556153