Program Selangor Saring, merupakan satu program yang bakal diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk pengesanan awal penyakit kepada rakyat Selangor. Melalui program ini, saringan kesihatan membolehkan individu menjalani rawatan dan seterusnya membantu untuk meningkatkan peluang individu sembuh.
Antara penyakit yang akan disaring dalam program ini adalah:
- Penyakit tidak berjangkit: Penyakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang.
- Penyakit kanser: Kolorektal, prostat, serviks dan payudara.
- Penyakit berkaitan mata: Rabun, glaukoma dan retina.
Syarat kelayakan
Program ini terbuka kepada rakyat Selangor yang mempunyai risiko seperti sejarah keluarga, berat badan berlebihan, faktor keturunan dan lain-lain. Selain itu, individu yang masih belum dikenalpasti oleh doktor mempunyai penyakit di atas juga boleh mendaftar ke program ini.

Permohonan
Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar melalui aplikasi SELangkah bermula 6 Mei 2022 di Google Store atau di Apps Store.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini atau anda boleh menghubungi di talian Hotline Selcare, 1-800-22-6600.