Program HMR Memfokuskan Penjagaan Pesakit Berkeperluan Khas

Program Jangkau Luar Perkhidmatan Farmasi Penilaian Ubat-Ubatan di Rumah (HMR) menawarkan penilaian ubat bagi pesakit berkeperluan khas. Perkhidmatan ini dilaksanakan ahli farmasi dan tenaga kesihatan, melibatkan aktiviti rekonsiliasi, penilaian ubat secara komprehensif serta sistematik (meliputi semua ubat preskripsi tetapi tidak termasuk suplemen, vitamin, atau ubat tradisional).

Tujuannya adalah meningkatkan penggunaan ubat yang rasional dan mengurangkan masalah pengubatan dalam kalangan pesakit kronik. Pesakit yang memerlukan rawatan lanjutan akan dirujuk ke klinik atau hospital.

Program HMR ini telah bermula pada tahun 2004, dan hingga Ogos lalu, telah diadakan sebanyak 4459 lawatan di seluruh Malaysia dengan kerjasama antara ahli farmasi dan MyChampion Duta Kenali Ubat Anda untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

Teruskan ikuti Bangkit Bersama di semua platform media sosial untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif kerajaan!

Sumber: Sinar Harian

INISIATIF TERKINI

Kesihatan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Kesihatan