Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah menambah sebanyak 412 pusat pengambilan vaksin (PPV) untuk Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) secara walk-in di seluruh negara untuk memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mendapatkan suntikan vaksinasi sempena cuti sekolah.
Sekiranya kuota vaksinasi PPV yang dikunjungi telah penuh pada hari tersebut, sila kunjungi semula pada keesokan harinya. Ibu bapa juga boleh daftarkan anak-anak untuk slot vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.
Senarai PPV walk-in
Senarai PPV untuk PICKids secara walk-in boleh dirujuk di sini atau di sini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids