Jabatan Hal Ehwal Angkatan Tentera malaysia (JHEV) telah memperkenalkan satu insentif iaitu Bantuan Peralatan Pesakit Untuk Veteran ATM atau tanggungan. Insentif ini untuk meringankan beban mereka untuk membeli peralatan bantuan sokongan seperti kerusi roda, tongkat, katil, tilam serta peralatan sokongan yang lain.
Kadar bantuan
Jumlah maksimum sebanyak RM 5,000.00 akan diberikan secara sekaligus.
Syarat kelayakan
- Pemohon wajib memiliki kad veteran;
- Pemohon tidak diberhentikan atas dasar tatatertib;
- Anak yatim veteran berusia 18 tahun. Tiada had umur bagi anak;
- Permohonan dikemukakan dalam tempoh setahun dari tarikh pembelian atau syor pegawai perubatan. Permohonan bagi peralatan yang sama layak dipertimbangkan selepas tempoh 5 tahun;
- Laporan/memo daripada pegawai perubatan kerajaan hendaklah disertakan bagi menyokong keperluan, sebut harga atau resit asal pembelian.

Permohonan
Anda boleh memuat turun Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019) melalui pautan ini. Semua permohonan wajib dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang terdekat.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari pautan ini.
Sumber:
https://www.jhev.gov.my/?view=article&id=28:skim-bantuan-peralatan-pesakit&catid=14