Perkhidmatan Kaunseling di Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat (PKS-TS)
Kemunculan wabak Covid-19 mengubah kehidupan kita dan menyebabkan ramai yang terkesan dari segi mental dan emosi. Pelbagai cabaran yang dihadapi memberikan tekanan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Selari dengan usaha kerajaan dalam menangani masalah kesihatan mental, kerajaan negeri Selangor melalui Pusat Kaunseling Selangor menawarkan pelbagai khidmat kaunseling secara percuma kepada penjawat awam negeri Selangor dan orang awam.
Antara perkhidmatan kaunseling yang ditawarkan ialah:
- Kaunseling Individu/Peribadi
- Kaunseling Keluarga/Rumahtangga/Perkahwinan/Pra-Perkahwinan
- Kaunseling Kerjaya/Akademik
- Kaunseling Kelompok
- Kaunseling Trauma
- Inventori Psikologi
- Rawatan Hipnoterapi
- Perkhidmatan Maklumat Dan Sebagainya
- Ujian-Ujian Psikologi
Temu janji sesi kaunseling dan rundingan boleh ditetapkan dengan menghubungi 03 5519 0500 atau WhatsApp 013 300 9291 serta mengikuti Facebook Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat.
Sumber:
https://sites.google.com/site/pusatkaunselingselangor/
https://selangorkini.my/2021/07/pusat-kaunseling-selangor-bantu-atasi-masalah-kesihatan-mental/