mySalam merupakan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan yang memberi perlindungan kepada kumpulan B40 apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan. Perlindungan kesihatan ini adalah percuma untuk 45 penyakit kritikal termasuk kanser, serangan jantung dan alzheimer.
Manfaatnya termasuk pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila di diagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran hospitalisasi sebanyak RM50/ satu malam terhad untuk 14 hari setahun sekiranya dimasukkan ke wad hospital kerajaan.
Info lanjut di website MySalam
Layari Website