Kenyalang Gold Card (KGC) Warga Emas – KWKPK Sarawak

Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) negeri Sarawak menawarkan Kenyalang Gold Card (KGC) untuk warga emas. 

Manfaat KGC adalah seperti berikut;

  • Diskaun pada produk dan servis untuk penduduk Sarawak dari vendor strategik KGC.
  • Bantuan belas ihsan RM3,000 untuk perbelanjaan pengebumian 

Syarat kelayakan pula adalah seperti di bawah;

  • Warganegara Malaysia yang pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’
  • Berstatus residen tetap (Permanent Resident) Sarawak
  • Berusia 60 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2020

Untuk memohon, salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) diperlukan dan boleh dilakukan secara atas talian di sini atau melalui aplikasi iSarawakCare yang boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple App Store. Maklumat lanjut boleh didapatkan di sini.

Sumber:

https://isarawakcaregov.com/untuk-warga-emas/

INISIATIF TERKINI

Kesihatan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Kesihatan