Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) Selangor 2022

Yayasan Warisan Anak Selangor memperkenalkan Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang dibuka khas untuk pemohon yang mempunyai tanggungan anak OKU yang bertujuan untuk mengurangkan bebanan kos perbelanjaan dalam menguruskan anak-anak OKU.

Kadar bantuan

Bagi yang berkelayakan, anda boleh mendapatkan manfaat bersifat one-off dengan jumlah maksimum sehingga RM 5,000.000 setahun bagi satu isi keluarga.

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia serta ibu / bapa / penjaga merupakan seorang Pengundi Selangor; 
  • Ibu / bapa / penjaga yang mempunyai anak OKU berumur 18 tahun ke bawah; 
  • Ibu / bapa / penjaga yang bukan kelahiran Selangor perlulah bermastautin di Selangor minimum 10 tahun; 
  • Anak OKU mempunyai Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM atau Surat Pengesahan Doktor
Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) Selangor 2022

Permohonan

Bagi yang berminat, anda boleh melakukan permohonan secara atas talian melalui pautan ini.  Pemohon diminta mengisi borang permohonan dan lampirkan bersama dokumen sokongan seperti yang dinyatakan mula 17 Mei 2022 sehingga 31 Mei 2022 dan boleh dihantar ke alamat berikut:

Pejabat YAWAS
Aras 5 Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor,
40000 Shah Alam, Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:

https://www.anisselangor.com/bantuananis

INISIATIF TERKINI

Kesihatan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Kesihatan