Bantuan Kesihatan Sihat Johor

Kesihatan merupakan anugerah kehidupan yang amat bernilai terutamanya ketika pandemik Covid-19 ini. Tanpa kesihatan yang baik, sukar untuk kita meneruskan kehidupan seperti biasa. Atas dasar keprihatinan kerajaan negeri Johor kepada rakyat, bantuan kesihatan Johor ditawarkan untuk mereka yang lahir di negeri Johor atau telah menetap di negeri tersebut sekurang-kurangnya 10 tahun. 

Bantuan ini diberikan kepada dua kategori pemohon iaitu keluarga dan individu. Bagi kategori keluarga, bantuan ini adalah untuk keluarga yang pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4830 sebulan. Bantuan kesihatan ini meliputi pemohon, suami atau isteri dan anak-anak. Pemohon yang terdiri daripada kategori ini bakal menerima had bayaran kesihatan sebanyak RM500 setahun dengan had RM50 setiap rawatan di samping kad kesihatan percuma untuk satu keluarga.

Manakala, kategori individu yang layak memohon ialah individu yang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM1500 sebulan. Pemohon kategori individu bakal menerima had bayaran kesihatan berjumlah RM200 setahun dengan had RM50 untuk setiap rawatan serta satu kad kesihatan percuma.

Untuk permohonan dan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang http://www.sihatjohor.com.my/default.aspx.

Sumber:

http://www.sihatjohor.com.my/default.aspx

INISIATIF TERKINI

Kesihatan

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Kesihatan