Kerajaan negeri Sarawak menyediakan bantuan tunai sebanyak RM450 untuk ibu-ibu bersalin. Bantuan ini khas untuk para ibu yang memegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’.
Pendaftaran boleh dilakukan apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin.
Pendaftaran secara atas talian boleh dilakukan di pautan http://bit.do/permohonanbib. Semakan status bantuan boleh dilakukan dengan menghubungi talian 082-442050, Facebook iSarawakCare, atau emel di alamat bantuan.ibubersalin@gmail.com.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan http://bit.do/BIB-KWKPK-Sarawak.
Sumber:
https://kwkpk.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=announcement&sub=announcement_detail&id=32