Subsidi Tiket Penerbangan Pelajar Universiti Awam

Sempena bulan kemerdekaan, Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan mula berkuatkuasa pada 15 Ogos 2023.

Maklumat bantuan adalah seperti berikut:
– Hanya layak kepada pelajar universiti awam (sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023) sahaja.
– Syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 sebagai credit shell.
– Tarikh akhir penebusan baucar: 31 Disember 2023 (pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh ini masih boleh dilakukan).

Penuntut universiti awam boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan.

Setelah membuat semakan,

Sekiranya layak, pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dari mana-mana satu syarikat penerbangan (Malaysia Airlines, MASwings, FireFly, AirAsia, Batik Air & MYAirline).

Sekiranya tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing.

Teruskan ikuti Bangkit Bersama di semua platform media sosial untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif kerajaan!

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi