Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan SPS Khidmat di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (PERKESO) yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz ketika pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu. Melalui skim ini, kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri (OBS) akan mendapatkan manfaat pembiayaan caruman sepenuhnya dengan tempoh perlindungan selama 12 bulan melalui skim ini.
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia/pemastautin tetap tanpa mengira had umur;
- Individu yang bekerja sendiri untuk mencari nafkah;
- Individu yang bekerja sepenuh masa atau separuh masa;
- OBS yang bekerja di Malaysia
Cara permohonan
Anda boleh memohon melalui agensi pentadbiran masing-masing atau permohonan secara pukal perlu dikemukakan kepada bahagian SPS melalui email ini untuk proses pendaftaran. Selepas penerimaan senarai pemohon daripada agensi kepada PERKESO, maka tempoh perlindungan akan bermula.
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan iaitu:- Salinan kad pengenalan;
- Surat pelantikan / pengesahan kerja / petugas komuniti / anggota sektor awam / Anggota Sukarelawan / Guru Takmir / Imam / Bilal / Siak / Noja / Merbut
Tarikh berkuatkuasa bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di sini.