Skim Rumah Pertamaku ialah skim pembiayaan perumahan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama.
Manfaat Skim Rumah Pertamaku
- Pembiayaan sehingga 110% daripada bank yang mengambil bahagian
- Membolehkan pemilikan rumah tanpa pembayaran wang pendahuluan
- Jaminan pinjaman/pembiayaan daripada Cagamas SRP Berhad
Syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Pembeli rumah pertama
- Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
- Pemohon individu atau bersama
- Pendapatan kasar isi rumah sehingga RM5,000 untuk pemohon tunggal/RM10,000 untuk pemohon bersama
- Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
Permohonan
Permohonan pembiayaan perumahan haruslah dihantar ke cawangan bank-bank terlibat. Senarai bank yang terlibat boleh dirujuk di sini. Sertakan sekali dokumen berikut.- Dokumen pemilikan rumah
- draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain
- draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempahan dan lain-lain
- Dokumen sokongan
- slip gaji, penyata pendapatan, penyata bank, penyata KSWP dan lain-lain
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.srp.com.my/bm atau hubungi +603 2262 1800.