Di bawah Inisiatif TEKUN Covid-19, TEKUN Nasional menawarkan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 kepada usahawan TEKUN sedia ada sebanyak RM1,000 sehingga RM20,000. Untuk usahawan baharu, skim yang ditawarkan berjumlah RM1,000 hingga RM10,000. Usahawan yang terlibat dalam sektor peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, kontraktor kecil, perniagaan atas talian, pertanian dan perusahaan asas tani layak untuk memohon.
Permohonan boleh dilakukan di pejabat cawangan TEKUN yang berdekatan atau secara dalam talian di portal https://tekunfin.tekun.gov.my/login. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my/ms/#.