Skim Pembiayaan Online TEKUN Nasional

Sukacita dimaklumkan bahawa TEKUN Nasional kini menawarkan Skim Pembiayaan Online atau SPOT kepada usahawan informal dan mikro (Bumiputera dan India).

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan dengan sasaran kepada 1000 usahawan terutamanya usahawan atas talian bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Syarat Kelayakan

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Merupakan usahawan informal dan mikro
  • Merupakan Bumiputera atau India

Permohonan

Permohonan boleh dikemukakan bermula 20 Ogos 2022. Permohonan boleh dibuat dengan cara pemohon menghadirkan diri ke Pejabat Cawangan TEKUN dan memohon melalui perkhidmatan di kaunter.

Pejabat cawangan TEKUN boleh rujuk di sini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Pembiayaan Online TEKUN, sila layari laman sesawang TEKUN dan laman sosial TEKUN.

Sumber:

https://www.sinarharian.com.my/article/217401/berita/nasional/tekun-nasional-perkenal-spot-bantu-usahawan-dalam-talian

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi