Skim Pembiayaan Informal (SPIN) 2.0 ialah skim pembiayaan untuk usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sehingga RM5000 dan usahawan yang berdaftar dengan SSM/PBT kurang dari tempoh setahun sehingga RM10000.
Antara jenis perniagaan yang layak memohon SPIN 2.0 ialah usahawan perniagaan secara kecilan, penjaja kecil, peniaga perniagaan dari rumah dan lain-lain. Untuk permohonan SPIN 2.0, sila layari pautan https://tekunfin.tekun.gov.my.
Maklumat lanjut skim pembiayaan ini boleh didapati di laman sesawang https://www.tekun.gov.my/ms/#.
Sumber: