Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM)

TEKUN Nasional menawarkan Skim Pembiayaan Informal & Mikro (SPIM) yang berjumlah sehingga RM10,000 dengan kadar keuntungan 0% berserta moratorium selama 12 bulan dengan keutamaan diberikan kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Syarat Kelayakan SPIM:

  • Bumiputera / India dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Permit daripada PBT atau Daftar Perniagaan (SSM) ATAU pengesahan menjalankan perniagaan daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) / Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu.
  • Mempunyai tempat perniagaan yang khusus atau bergerak.
  • Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan.
  • Aktiviti perniagaan yang dijalankan adalah patuh Syariah.

Jumlah pembiayaan SPIM:

Jumlah pembiayaanKategori Penerima
RM1,000 – RM5,000usahawan yang tidak mempunyai lesen / permit daripada PBT atau daftar perniagaan yang sah (SSM).
RM1,000 – RM10,000usahawan TEKUN sedia ada atau usahawan baru yang mempunyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM).
Jumlah pembiayaan yang disediakan

Permohonan boleh dilakukan dengan mengunjungi mana-mana cawangan TEKUN atau secara atas talian di https://tekunfin.tekun.gov.my/login. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk di laman ini atau hubungi 03 9059 8888.

Sumber:

https://www.tekun.gov.my/ms/usahawan-tekun/soalan-lazim-skim-pembiayaan-informal-mikro-spim/

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi