Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM yang layak diterima oleh penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022). Skim ini merupakan sumbangan ikhlas yang akan diberikan kepada waris yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.
Jenis bantuan
Pemohon boleh menerima amaun tuntutan sebanyak RM 1000.
Syarat kelayakan
Pemohon merupakan penerima BKM 2022. Kategori penerima tuntutan adalah seperti berikut:
- Kahwin;
- Ibu / Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak atau ;
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
Permohonan
Skim ini layak dituntut oleh wakil yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan (bagi permohonan status kahwin dan pasangan berwarganegara Malaysia) yang meninggal dunia. Waris boleh memohon secara tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.