Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menawarkan Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak untuk penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Antara kriteria pemohon yang layak memohon ialah mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2131 sebulan. Bantuan sewa ini berjumlah sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 3 tahun maksimum.
Borang permohonan haruslah disekalikan dengan dokumen sokongan dan perlu dihantar ke Pejabat Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) yang berdekatan.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang https://hdc.sarawak.gov.my/ atau menghubungi nombor 082-444 381 atau 082-443 681.
Sumber:https://hdc.sarawak.gov.my/