Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menawarkan Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP kepada golongan asnaf yang memerlukan. Skim bantuan kewangan ini akan diberikan dalam bentuk wang tunai melalui kepada paras asnaf yang berkelayakan.
Untuk makluman, skim bantuan ini merupakan salah satu daripada 30 jenis skim bantuan zakat yang diuruskan di bawah MAIWP demi meringankan beban keluarga asnaf.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang 1 satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah
Permohonan
Cara Memohon
- Muat turun borang permohonan di sini.
- Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang tepat dan betul.
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan boleh dihantar ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.
Dokumen Yang Diperlukan
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan)
- Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan).
- Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan nombor akaun bank/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir/terkini.
- Satu salinan surat perakuan nikah /akuan sumpah bagi kes kehilangan sijil nikah.
- Satu salinan bil utiliti/cukai pintu rumah yang didiami
Pemohon juga diminta untuk sertakan bersama dokumen seperti di bawah sekiranya berkaitan:
- Keluarga bercerai
- Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
- Ahli keluarga telah meninggal dunia
- Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
- Saudara baru
- Satu salinan kad memeluk Islam.
- Orang Kelainan Upaya
- Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
- Pengidap sakit kronik
- Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
- Sedang mengikuti pengajian di IPT
- Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
- Keluarga bermasalah
- Satu salinan laporan polis/surat penjara.
- Muflis
- Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP, sila rujuk pada laman sesawang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).