Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022

Berita baik buat usahawan mikro Industri Asas Ternakan (IATn) yang menetap di Pahang, kini anda boleh memohon Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) yang merupakan satu insentif berbentuk getan padanan. Kategori usahawan untuk program ini adalah seperti berikut: 

  • Tahap 1: Nilai jualan kasar tahunan adalah sama atau di bawah RM 50,000
  • Tahap 2: Nilai jualan kasar tahunan adalah lebih RM 50,000 sehingga sama atau di bawah RM 100,000

Kadar bantuan

Untuk mengetahui kadar dan nilai geran, anda boleh melayari pautan ini

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Pahang yang berumur antara 18 hingga 60 tahun yang telah menjalankan projek lebih kurang sekurang-kurangnya satu tahun; 
  • Keutamaan akan diberikan kepada permohonan usahawan pada Tahap 1 dan Tahap 2; 
  • Mempunyai produk yang menggunakan produk hasil ternakan; 
  • Mempunyai ruang kerja pengeluaran produk yang sesuai dan bersih; 
  • Tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada mana-mana agensi kerajaan dalam tempoh dua tahun sebelum permohonan dibuat. Kelonggaran syarat ini adalah atas pertimbangan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang sekiranya projek yang dilaksanakan dirasakan memerlukan tambahan suntikan insentif untuk berkembang lebih baik dan kekal mapan; 
  • Tidak disenarai hitam oleh Jabatan; 
  • Membuat permohonan menggunakan borang permohonan Program STEPP (DVS/STEP-1) dan diisi dengan lengkap bersama-sama dokumen sokongan yang diperlukan Jabatan; 
  • Permohonan yang berjaya diwajibkan menandatangani Perjanjian program dan bersedia untuk dipantau dalam tempoh 2 tahun selepas menerima bantuan.
Skim Tingkat Ekonomi & Produktiviti Pahang (STEPP) IATn 2022

Permohonan

Anda perlu memuat turun borang melalui pautan ini dan hantarkan permohonan anda bersama dengan dokumen sokongan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran. Tarikh tutup permohonan adalah 24 Jun 2022.

Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan ini.

Sumber:

https://www.facebook.com/dvspahang/posts/pfbid031sXAmyULfLa9CAEsbohY6pwbpXnyze6zDSDTXmHKBbVBr5BQ4Jo9ZbrY561HDVVxl

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi