Pengenalan
Pelancaran Rumah Mesra SMJ bernilai RM 70,000 seunit ini merupakan inisiatif kerajaan melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya bertujuan untuk memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada perumahan mampu milik.
Syarat Kelayakan Permohonan
- Mereka berada dalam senarai e-kasih
- Rumah rosak akibat bencana alam
- Orang kurang upaya
- Mereka yang belum memiliki rumah
Fokus utama bantuan ini adalah individu yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Permohonan
- Mendaftar sebagai penerima e-Kasih
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah

Baca cara mendaftar e-Kasih DI SINI.