Rumah Kasih Keluarga Malaysia: Program Pembinaan dan Pembaikan Rumah Pasca Banjir ialah antara bantuan untuk mangsa banjir khusus untuk pembaikan dan pembinaan semula rumah yang terjejas akibat bencana tersebut.
Jumlah bantuan Program Rumah Kasih Keluarga Malaysia:
Kategori | Jumlah bantuan | |
Baik pulih rumah | RM15,000 | |
Bina rumah baharu | Semenanjung | RM56,000 |
Sabah & Sarawak | RM68,000 |
Cara permohonan
Permohonan haruslah dilakukan oleh Ketua Isi Rumah (KIR) melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah dan Pejabat Daerah. Senarai PKOB boleh didapatkan di sini.
Maklumat lanjut Program Rumah Kasih Keluarga Malaysia:
Untuk maklumat lanjut, boleh dibaca di sini. Ikuti juga laman Facebook Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk maklumat terkini mengenai bantuan ini.