Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang 2023

Program Skim Makmur Ternak Negeri Pahang bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan, disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak.

Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan terbuka kepada penternak kecil ruminan yang mempunyai kriteria dan syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID Premis
  2. Warganegara Malaysia berumur 18-60 tahun pada tahun semasa dan pemastautin negeri Pahang.
  3. Pemohon tidak mempunyai tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah disenaraikan sebagai projek gagal di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS Negeri Pahang.
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya 1 tahun.
  5. Mempunyai kawasan menternak yang mencukupi dan sumber makanan yang cukup.
  6. Mempunyai kawasan menternak yang sah, kemudahan yang sesuai dengan melampirkan geran tanah/ surat kebenaran guna pakai tanah / Perjanjian guna pakai tanah.
  7. Mempunyai program kesihatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang.
  8. Pemohon mestilah penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  9. Tidak pernah menerima bantuan yang sama daripada agensi kerajaan yang lain. (boleh dipertimbangkan semula permohonan selepas 3-5 tahun daripada bantuan terakhir)
  10. Permohonan boleh dibuat melalui borang Skim Makmur Ternak yang diberikan secara percuma dan boleh di buat salinan atau di muat turun di laman web DVS Pahang.

Borang permohonan Skim Makmur Ternak DVS/SMT01 boleh di muat turun di laman sesawang DVS Pahang https://www.dvs.gov.my/ atau di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran atau imbas pada kod QR pada poster di atas.

Permohonan ini dibuka bermula pada 1 Jan 2023 sehingga 28 Feb 2023.

Sumber: https://www.facebook.com/photo/?fbid=537407268426393&set=a.463635849136869

INISIATIF TERKINI

Ekonomi

INISIATIF TERKINI

INISIATIF TERKINI

Ekonomi